http://www.yayasanfelda.net.my/components/com_gk3_photoslide/thumbs_big/645553PHF_header_mei_jun.pnglink
http://www.yayasanfelda.net.my/components/com_gk3_photoslide/thumbs_big/894943header_21_Mei___1M_1F.pnglink
http://www.yayasanfelda.net.my/components/com_gk3_photoslide/thumbs_big/834957header_21_Mei___KYF_Kelana_Jaya.jpglink
http://www.yayasanfelda.net.my/components/com_gk3_photoslide/thumbs_big/757092Header_21_Mei___KYF_Trolak.pnglink
http://www.yayasanfelda.net.my/components/com_gk3_photoslide/thumbs_big/602102Header_21_Mei___KYF_Raja_Alias.jpglink
http://www.yayasanfelda.net.my/components/com_gk3_photoslide/thumbs_big/338211header_21_Mei___kami_prihatin.jpglink
http://www.yayasanfelda.net.my/components/com_gk3_photoslide/thumbs_big/641378header_21_Mei___City___Guilds.jpglink
http://www.yayasanfelda.net.my/components/com_gk3_photoslide/thumbs_big/149520Header_21_Mei___KYF_Mempaga.pnglink
http://www.yayasanfelda.net.my/components/com_gk3_photoslide/thumbs_big/133096header_21_Mei___Kami_Prihatin2.jpglink
http://www.yayasanfelda.net.my/components/com_gk3_photoslide/thumbs_big/150564header_21_Mei___akhbar.jpglink
http://www.yayasanfelda.net.my/components/com_gk3_photoslide/thumbs_big/476309header_21_Mei___akhbar2.pnglink
Jom ke Mempaga ! Karnival, Penjenamaan dan Pelancaran Alumni Yayasan Felda PDF Print E-mail

 

 

 

Seramai 7,000 orang telah hadir di Dataran Kolej Yayasan Felda Kampus Mempaga di Majlis Perasmian “Program Karnival & Penjenamaan Kolej dan Pelancaran Alumni Yayasan Felda” pada 17 Jun 2012.

 

Program tiga dalam satu ini adalah merupakan program terbesar yang pernah dianjurkan oleh Yayasan Felda. Ianya adalah mercu tanda kejayaan Yayasan Felda didalam memperkasakan lagi tanggungjawab sosial sebagai badan kebajikan yang meyelaraskan projek kebajikan Kumpulan Felda. Tranformasi yang dilakukan didalam penjenamaan ‘rebranding’ kolej dan melancarkan alumni Yayasan Felda bagi pelajar dan bekas pelajar amat sesuai dengan peranan Felda sebagai badan induk yang juga berlaku tranformasi kearah globalisasi iaitu penyenaraian Felda melalui Felda Global Ventures Holding Bhd di Pasaran Utama Bursa Saham Malaysia pada masa ini. Yayasan Felda sebagai pelaksana tanggungjawab sosial korporat kepada Felda sewajarnya usaha dan program-program dijalankan seiring dengan Felda untuk memartabatkan Felda memacu kejayaan dipersada antarabangsa.

 

Majlis yang telah bermula sejak 16 Jun 2012 ini telah dirasmikan oleh Y.B. Tan Sri Hj. Mohd Isa bin Dato’ Hj Abd Samad pada 17 Jun 2012. Turut hadir di majlis tersebut adalah Y.Bhg. Datuk Dr. Omar Salim, Pengarah Kawal Selia Felda, Jabatan Perdana Menteri, Y.Bhg En. Mohd Nor Kailany, Timbalan Pengarah Besar Perladangan & Perkebunan, Ahli – ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Felda, Dr Emel Faizal bin Dato’ Mohd Mokhtar, Ketua Eksekutif Yayasan Felda, En. Jahya Janal, Pengurus Besar Felda Wilayah Mempaga serta Pegawai – pegawai Kanan Kumpulan Felda dan Ketua – ketua Jabatan Kerajaan

 

Menurut Y.B. Tan Sri Mohd Isa, melalui “Rebranding“ atau penjenamaan semula Kolej Yayasan Felda, Pihak Yayasan telah menempa satu lagi kejayaan baru dalam member nilai tambah kepada Kolej Yayasan Felda selain mengekalkan kemudahan asrama dan makan minum yang disediakan. Empat Kolej Yayasan Felda yang dikenali sebagai Kolej Integrasi Ilmu (KINI) dan Intitusi Teknologi Utama (ITU) melalui rebranding ini ditukar kepada Kolej Yayasan Felda Kampus Mempaga, Kolej Yayasan Felda Kampus Trolak, Kolej Yayasan Felda Kampus Raja Alias dan Kolej Yayasan Felda Kelana Jaya. Manakala FELC Felda English Language Center di Kelana Jaya telah ditukar kepada YFELC iaitu Yayasan Felda English Language Center (Pusat Bahasa Inggeris Yayasan Felda). Penjenamaan dan penyeragaman dari segi pentadbiran dan operasinya akan dapat meningkatkan mutu pembelajaran dari segi sukatan pelajaran. Penambah baikan program dan modul serta yang penting dapat member tambah nilai ‘value added’ kepada kursus-kursus yang dijalankan serta sijil yang dikeluarkan kepada pelajar-pelajar.

 

Kursus Intensif Bahasa Inggeris adalah Kursus yang pertama yang telah mencapai nilai tambah yang telah pun dijalankan di YFELC Kelana Jaya. Yayasan Felda telah mengadakan usahasama dengan “City & Guilds London” untuk memberi latihan dan sijil yang diiktiraf hingga di peringkat antarabangsa. Yayasan Felda adalah perintis bagi mengendalikan Kursus Bahasa Inggeris  melalui jalinan kerjasama tenaga pengajar Yayasan Felda yang terdiri dari guru tempatan yang mempunyai pengetahuan mendalam dengan sistem pendidikan Malaysia telah beganding bahu bersama-sama guru ekspatriat dan pensyarah Luar Negara yang kesemuanya bertutur didalam Bahasa Inggeris. Bilangan Guru ekspatriat pada masa ini adalah seramai 6 orang dari Kanada, USA dan England. Gandingan tersebut telah memberi ‘value added’ dan dapat meningkat kecemerlangan peserta kursus yang terdiri daripada Generasi Baru Felda. Hingga kini seramai 332 orang telah pun tamat dengan cemerlangnya.

 

Penubuhan Alumni Yayasan Felda pula bertujuan untuk mengembleng tenaga pelajar lepasan kolej Yayasan Felda yang melebihi 13,000 orang dan berpeluang untuk menyertai alumni Yayasan Felda. Penubuhan alumni dapat mengeratkan hubungan, berkongsi kejayaan dan pengalaman serta dapat membantu Yayasan Felda didalam menjalankan aktiviti kemasyarakatan yang akhirnya dapat membentuk dan melahirkan Generasi Baru Felda yang cintakan Negara dan Felda juga menjadi agen pembangunan dan perlaksanaan dasar kerajaan. Sehingga ke hari ini seramai lebih 3,000 orang telah berdaftar sebagai ahli Alumni Yayasan Felda.

 

Y.B. Tan Sri Isa mengucapkan syabas kepada Yayasan Felda kerana dapat menghimpunkan bekas-bekas pelajar  Kolej Yayasan Felda dari mula di kenali sebagai Kolej KINI hingga ke hari ini sebagai Kolej Yayasan Kampus masing – masing. Hari ini kejayaan itu disambut dengan meriah bila kita dapat melihat di dataran ini, mereka semua melebihi 4,000 orang berkumpul sebagai ahli Alumni Kolej Yayasan Felda dengan pemakaian T-shirt oren yang seragam. “Tahniah saya ucapkan, semoga  objektif pelancaran Alumni pada hari ini akan tercapai dan akan menempa kejayaan yang berterusan pada masa-masa akan datang,” ujarnya.

 

Program yang dijalankan oleh Yayasan Felda pada hari ini bukan sahaja untuk membuktikan keprihatinan Felda  kepada warga Felda yang digerakkan oleh Yayasan Felda, malah program seumpama ini adalah amat baik bagi menjalinkan semangat bermuafakat dan kerjasama, seterusnya dapat menjalinkan hubungan silaturrahim dikalangan kakitangan Yayasan Felda dan Felda sendiri, pegawai-pegawai kerajaan, pelajar dari Kolej Yayasan Felda dan kolej-kolej sekitar Daerah Bentong, pelajar sekolah  serta  belia Felda Wilayah Mempaga. Pelbagai aktiviti telah dijalankan termasuklah Karnival sukan, ceramah motivasi, pemeriksaan kesihatan, pameran –pameran dari agensi luar, gerai jualan dan tidak ketinggalan pemeriksaan mata dan pemberian cermin mata secara percuma kepada pengunjung. Untuk pertandingan galeri pameran antara 4 kampus Kolej Yayasan Felda, Kolej Yayasan Felda Kampus Raja Alias telah muncul juara.

 

Acara sukan yang dijalankan adalah acara gelanggang iaitu futsal, takraw, bola jaring dan bola tampar dikalangan pelajar di 4 kolej dengan belia dan pelajar-pelajar di kawasan Felda Mempaga Jaya dan Bentong. Tidak ketinggalan juga Majlis Sukan Felda telah membantu Kolej Yayasan Felda didalam acara senamrobik pada hari pertama karnival tersebut. Manakala disebelah malamnya, Y.Bhg. Datuk Dr. Ahmad Faiz Hj Abd. Hamid, Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Felda yang juga Naib Canselor UUM telah menyampaikan ceramah motivasi kepada pelajar – pelajar.

 

Yayasan Felda yang ditubuhkan pada tahun 1998 telah melaksanakan kerja-kerja amal dan kemasyarakatan dalam bidang pendidikan, kesihatan dan kebajikan serta latihan kemahiran untuk Warganegara Malaysia terutamanya warga Felda sendiri selaras dengan keprihatin Kumpulan Felda. Tumpuan utama adalah kepada Generasi Baru Felda untuk maju dan terus bersaing di peringkat Global.

 

Last Updated on Monday, 02 July 2012 08:05