
| Pelancaran Proskop dan Sumbangan BBT di Felda Kepis |
|
|
|
|
Y.B. Tan Sri Hj Mohd Isa Dato’ Hj Abd Samad telah merasmikan Program Sosial Korporat Pendidikan (Proskop) dan sumbangan Bahan Bacaan Tambahan (BBT) untuk Pusat Sumber Sekolah Luar Bandar Peringkat Negeri Sembilan di Sekolah Kebangsaan Kepis pada 26 April 2012.
Felda telah menyumbang RM 150,000.00 manakala Kumpulan NAZA pula menyumbangkan RM100,000.00 kepada Pusat Sumber. Sebanyak 35 buah sekolah di rancangan Felda dan 30 buah sekolah luar Felda telah terpilih untuk menerima sumbangan tersebut. Di majlis yang sama, Yayasan Felda pula menyumbangkan cermin mata percuma sebanyak 750 kepada murid – murid sekolah, peneroka warga emas dan penduduk kampung di sekitar rancangan Felda. Sebagai gimik, Dr. Emel Faizal Dato’ Mohd Mokhtar selaku Ketua Eksekutif Yayasan Felda telah menyampaikan replika cermin mata gergasi kepada Y.B. Tan Sri, manakala penyampaian ‘mock cheque’ sumbangan Felda disampaikan melalui En. Faizoull Ahmad selaku Timbalan Pengarah Besar Pembangunan Komuniti Felda kepada Y.B. Tan Sri. |
| Last Updated on Thursday, 03 May 2012 14:17 |