
| KYF Kelana Jaya |
|
|
|
|
KOLEJ YAYASAN FELDA KELANA JAYA, SELANGOR
Kursus Penjagaan Kesihatan Bermula sejak tahun 2005 Kursus Penjagaan Kesihatan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar mengenai amalan cara hidup sihat. Sukatan pelajaran kursus ini disusun supaya memenuhi keperluan dalam bidang kesihatan selama 6 bulan. Di antara subjek yang dipelajari ialah:-
Selain daripada pembelajaran teori di bilik kuliah pelajar juga didedahkan dengan aktiviti kemasyarakatan seperti program menderma darah dengan kerjasama Pusat Darah Negara, Program Khidmat Masyarakat melalui Program Doktor Turun Ke Desa dan Klinik Bergerak. Program khidmat Masyarakat telah diadakan di mana melibatkan peserta kursus. Melalui program tersebut pelajar mendapat pengalaman dalam mengendalikan aktiviti kesihatan untuk kegunaan mereka apabila tamat mengikuti kursus tersebut. Sebilangan dari pelajar kursus ini telah diterima bekerja dalam bidang perubatan iaitu di klinik dan hospital swasta di negeri Selangor dan Pahang.
Multimedia Felda Prodata System Sdn Bhd dilantik sebagai pengendali kursus dan dilaksanakan berdasarkan sukatan latihannya telah bermula sejak Julai 1999. Tempoh pengajian kursus selama 6 bulan. Pelajar didedahkan dengan penggunaan perisian Adobe Photoshop, Adobe Flash, Adobe Fireworks, Adobe Dreamweaver dan Storyboard. Pelajar akan mendapat kemahiran dalam merekabentuk grafik antaramuka, penyediaan animasi 2D, merekabentuk multimedia interaktif dan pembangunanan laman web. |
| Last Updated on Tuesday, 17 April 2012 11:25 |