|
KOLEJ YAYASAN FELDA RAJA ALIAS, NEGERI SEMBILAN
Kursus Pembuat Pakaian Wanita, Pembuat Pakaian Lelaki dan Kursus Dandanan Rambut
Kursus Pembuat Pakaian Wanita dan Pembuat Pakaian Lelaki menawarkan hingga ke Tahap 2 manakala Kursus Pendandan Rambut hanya Tahap 1. Tenaga pengajar adalah dilantik sendiri oleh Yayasan Felda. Kolej ini merupakan bertaraf Pusat Bertauliah (PB) JPK, Kementerian Sumber Manusia yang menawarkan SKM kepada pelajar kursus berkenaan. Tempoh kursus selama 6 bulan setiap tahap dan kemahiran yang dipelajari adalah mereka bentuk, menggunting dan menjahit pakaian wanita dan pakaian lelaki. Bagi kursus Pendandan Rambut pula mereka berkemahiran di dalam mereka bentuk dan dandanan rambut.
|
|
Last Updated on Tuesday, 17 April 2012 11:27 |