
| Kursus & Latihan Pendidikan |
|
|
|
|
Kursus dan Latihan Kemahiran
Yayasan Felda mengendalikan kursus dan latihan kemahiran di empat buah Kolej Yayasan Felda (KYF):
i) Kampus Kelana Jaya, Selangor
14 jenis kursus disediakan untuk pelajar lepasan SPM. Pelajar yang menamatkan kursus akan menerima Sijil Kemahiran Malaysia yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemahiran Malaysia. Latihan Kemahiran menggunakan Standard Kemahiran Pekerjaan (NOSS) Jabatan Kemahiran Malaysia.
Bagi kursus Asas Penjagaan Kesihatan, Pembuat Pakaian Wanita, Pembuat Pakaian Lelaki, Pendandan Rambut serta Intensif Bahasa Inggeris, tenaga pengajar dilantik oleh Yayasan Felda. Yayasan Felda juga melantik Felda Prodata Systems Sdn Bhd bagi mengendalikan kursus dalam bidang berkaitan komputer manakala kursus berkaitan penyediaan makanan, pelancongan dan perhotelan pula dijalankan oleh Felda D’Saji Sdn Bhd. Semua pelajar yang mengikuti kursus di Yayasan Felda pada masa ini diberikan kemudahan penginapan dan makanan secara percuma. |
| Last Updated on Thursday, 19 April 2012 07:54 |