http://www.yayasanfelda.net.my/components/com_gk3_photoslide/thumbs_big/645553PHF_header_mei_jun.pnglink
http://www.yayasanfelda.net.my/components/com_gk3_photoslide/thumbs_big/894943header_21_Mei___1M_1F.pnglink
http://www.yayasanfelda.net.my/components/com_gk3_photoslide/thumbs_big/834957header_21_Mei___KYF_Kelana_Jaya.jpglink
http://www.yayasanfelda.net.my/components/com_gk3_photoslide/thumbs_big/757092Header_21_Mei___KYF_Trolak.pnglink
http://www.yayasanfelda.net.my/components/com_gk3_photoslide/thumbs_big/602102Header_21_Mei___KYF_Raja_Alias.jpglink
http://www.yayasanfelda.net.my/components/com_gk3_photoslide/thumbs_big/338211header_21_Mei___kami_prihatin.jpglink
http://www.yayasanfelda.net.my/components/com_gk3_photoslide/thumbs_big/641378header_21_Mei___City___Guilds.jpglink
http://www.yayasanfelda.net.my/components/com_gk3_photoslide/thumbs_big/149520Header_21_Mei___KYF_Mempaga.pnglink
http://www.yayasanfelda.net.my/components/com_gk3_photoslide/thumbs_big/133096header_21_Mei___Kami_Prihatin2.jpglink
http://www.yayasanfelda.net.my/components/com_gk3_photoslide/thumbs_big/150564header_21_Mei___akhbar.jpglink
http://www.yayasanfelda.net.my/components/com_gk3_photoslide/thumbs_big/476309header_21_Mei___akhbar2.pnglink
Kebajikan PDF Print E-mail

KEBAJIKAN DAN LAIN – LAIN PROGRAM
Program kebajikan yang disumbangkan termasuklah bantuan peralatan, program kesedaran kesihatan masyarakat, serta program khidmat masyarakat dan motivasi kepada pelajar dengan kerjasama institusi luar dan juga sumbangan kepada yang mereka yang memerlukan. Di antara program tersebut termasuklah:-

 

i) Program Khidmat Masyarakat

 

Program Khidmat Masyarakat 1Malaysia - 'Sihat dan Prihatin’ diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran kesihatan dalam kalangan masyarakat luar Bandar mengenai amalan gaya hidup sihat. Tumpuan diberikan kepada masyarakat kampung, rancangan Felda, penempatan orang asli dan kawasan penduduk berbilang bangsa di pinggiran Bandar/ Pekan. Didalam program ini, antara 40 ke 50 orang sukarelawan Yayasan Felda termasuk doktor, doktor pakar, jururawat dan pelajar kursus penjagaan kesihatan anjuran Yayasan Felda yang terlibat dalam program ini. Di antara khidmat yang diberikan adalah:

 

Pemeriksaan kesihatan seperti kandungan kolestrol, khidmat nasihat pakar, pemeriksaan kandungan gula dalam darah serta pengesanan penyakit di peringkat awal dan saringan kesihatan dengan membuat pemeriksaan “Body Mass Index” (BMI)
Pemberian cenderahati seperti beras, gula keluaran Felda (Malaysian Sugar Manufacturing) dan minyak saji (Felda Delima Oil Products Sdn Bhd) juga diberikan kepada masyarakat Felda yang datang untuk membuat pemeriksaan kesihatan.

   

Mulai tahun 2011 juga, program melibatkan perkampungan orang asli iaitu di Kg. Perwor dan Kg. Bawong, Sungai Siput,  Perak, Bera, Pahang serta di Tapah, Perak. Program ini dinamakan program ‘Jalinan Murni’. Pelancaran di peringkat Nasional telah disempurnakan oleh Y.A.B. Dato’ Sri Haji Mohd Najib B. Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia di Kg. Bawong , Sungai Siput Perak pada 24 September 2011.

    

Pada 2012 pula program ini diperluaskan ke perkampungan nelayan. Program ini dinamakan ‘Ihsan Samudera’. Program ini telah diadakan di Perkampungan Nelayan Tanjung Lumpur, Kuantan, Pahang dan telah dilancarkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia pada 21 Januari 2012.

 

ii) Kebajikan / Sumbangan Am

Bantuan peralatan perubatan (Alat ganti anggota, Kerusi roda) serta peralatan implant.
Bantuan penyakit kritikal dan kecemasan
Sumbangan kepada pertubuhan amal
Sumbangan sempena hari perayaan kepada anak yatim, keluarga fakir miskin, pesakit dan mereka yang memerlukan
Bantuan bencana alam.
Serta bekerjasama dengan badan-badan kebajikan bagi melaksanakan projek-projek lain selaras dengan keperluan semasa.

 

iii) Program Turun ke Rancangan bersama Pengerusi Felda

   

“Program Turun ke Rancangan bersama Pengerusi Felda”, YB. Tan Sri Hj Mohd Isa Bin Dato’ Hj Abdul Samad bertujuan untuk membantu masyarakat Felda yang kurang upaya (OKU), warga emas dan pesakit kronik. Barangan sumbangan Yayasan Felda seperti keperluan asas harian berbentuk makanan, kerusi roda, katil dan tongkat diberikan semasa program tersebut.

 

Yayasan Felda juga menyampaikan sumbangan kewangan untuk tabung JKKR Gabungan Wilayah, Gabungan GPW, dan MBFM Wilayah.

 

iv) Sumbangan Mesin Dialisis
Sebanyak enam (6) unit mesin dialisis telah diberikan kepada Hospital pada tahun 2011. Hospital yang terpilih iaitu Hospital Temerloh, Hospital Jerantut dan Hospital Jengka. Setiap hospital menerima dua buah mesin dialisis.

 

v) Sumbangan Pakaian Sekolah

  

Yayasan Felda telah memberi sumbangan  pakaian sekolah lengkap berserta kasut, stoking dan beg sekolah kepada pelajar warga Felda Tahun 1 Sekolah Rendah 2012 di seluruh Felda.

 

vi) Program Bersempena Bulan Ramadhan
Dua program bersempena bulan Ramadhan telah diadakan iaitu “Yayasan Felda Prihatin – Melakar Kasih” bersama RTM dan meraikan pesakit hospital yang diadakan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM). Untuk program di luarbandar diadakan di Hospital Kangar dan Hospital Kuala Terengganu.


Program ‘Melakar Kasih’ dijalankan bersama RTM telah disiarkan menerusi program Rancangan ‘Hujung Minggu Malaysia’ dan juga rancangan ‘Selamat Pagi Malaysia’. Tempat yang di lawat disamping memberikan sumbangan adalah kampung orang asli Kg Sawah, Durian Tipus Jelebu, Negeri Sembilan, Felda Jengka 18, Pahang, Pusat Jagaan Siti Nor Aini, Semenyih, Selangor dan En. Mohd Yusof, OKU cacat penglihatan di Muar, Johor. Sumbangan termasuk duit raya/ pakaian raya, peralatan dapur, perabut, katil khas untuk OKU dan sumbangan bagi pembaikan rumah.

 

vii)Sumbangan kepada Jemaah Haji
Setiap tahun Yayasan Felda juga telah memberi sumbangan kepada para jemaah haji melalui Felda Travel Sdn Bhd dengan menyediakan barangan keperluan bagi menambah keselesaan mereka ditanah suci seperti bag, kain ihram dan vitamin.

Last Updated on Tuesday, 24 April 2012 16:19